May 12, 2010

Hujan, live !


Faktor hujan. Mari sembang tentang faktor itu. Kenapa boleh demam? Sebab kena hujan. Kenapa kena hujan boleh demam? Ada bahan apa dalam hujan itu? Air yang tersejat dari mana? Kalau dari tasik yang bersih, penuh dengan hidupan akuatik dan bebas dari pencemaran, mungkinkah peratus anda demam kalau terkena hujan itu rendah? Dan kalau air sejatan daripada longkang kotor, bahan buangan toksik ataupun dari air loji, adakah kita lebih senang demam? Bukankah air hujan tergolong dalam air mutlak, suci lagi menyucikan? Kenapa berwuduk dengan air yang boleh buat kita demam? Menzalimi diri sendiri kan? Jadi air hujan tidaklah hazardous.

Kalau hujan di bandar besar, kenapa kita senang demam? Sebab cuaca yang sangat tak menentu, ditambah dengan pencemaran lain seperti asap kenderaan? Ataupun kerana air sejatan dari sumber yang tidak sihat? Teringat saya zaman dahulu kala saya sering mandi hujan di kampung. Rasanya tak pernah pun nak demam. Dan saya sangat jarang demam dulu. Demam pun bukan sebab hujan.

Hujan panas, mereka cakap bahaya. Kenapa? Hujan waktu tengah hari dengan cuaca yang agak panas, menurunkan air terus ke kepala dan fizikal dalam keadaan terkejut dengan perubahan suhu mendadak lantas terjadilah gejala demam? Cuaca sekarang ini tanpa dapat disangkal lagi, sangat panas. Walaupun malam. Penjelasan sains mungkin boleh menerangkan ini, tetapi saya sangatlah malas untuk mengkaji, tambahan pula entry kali ini motifnya untuk mengajak kita agar sama2 berfikir.

Ohh hujan.

No comments: