Mar 5, 2009

Memanglah kami tahan caci maki..

Tapi adakah kami akan tahan penat bila bekerja seakan robot?

Robot pun reti nak jem. Reti nak hang. Inikan pulak manusia yang penuh kecerewetan, karenah dan ragam. Bila didesak tekanan kami bisa pusing - pernah berfikir untuk abaikan saja tugasan yang makin hari makin meninggi tapi kami gagahi juga.
Walaupun bukan aku yang dimaki dan dilanda tekanan, tapi aku berhak bersuara untuk teman-teman seperjuangan. Dan tanpa kompromi aku juga bakal mengharungi situasi mereka suatu ketika nanti.

Rungutan apa pula kali ini? Masih ada yang tak puas hati?
Budak AD memang bertakung ketidak puashatian jika dihitung jumlah blog yang tumbuh bagaikan kuncup-kuncup cendawan sesudah hujan, budak-budak aliran lain nampak tenang je?
Korang kate korang sibuk, tapi ada pulak masa nak berblogging?

Sebenarnya ini semua cara kami melipat gumpalan tekanan yang termampat di ruangan pemikiran lantas kami buangkan seperti hanyutan mayat di sungai Gangga.
Blog - cara berdiari tapi tiada sangat unsur keperempuanan. Cara untuk kami mengutuk, meluahkan, dan berkomunikasi secara tidak langsung dengan masyarakat.

Kali ini mari kita dengar satu lagi isu.. Pada kelas vcr lepas kitorang syok-syok panjat dinding berlagak parkour, tapi minggu ni semua itu kami ketepikan - sesi ber-emo beramai-ramai mengambil tempat.

Apa pendapat anda bila sesuatu kerja yang dihasilkan 2 hari 2 malam, setelah gagal dan gagal membancuh untuk mencari warna yang tepat, dengan tanpa ada sedikit penyesalan dipangkah sebesar alam engan marker dan di F kan?
Bancuhan 3 botol pelaka berharga RM20 setiap satu ke tong sampah akhirnya dan bancuhan baru diharapkan siap dengan sempurnanya minggu depan.

Sedih, marah, tertekan? Semua terhimpun. Siapa yang harus disalahkan?
Pelajar - sebab buat kerja cincai dan tak memenuhi kriteria?
Sifat lecturer yang ketat dan terlalu mementingkan kesempurnaan?
Pendapat masing-masing. Tidak ada yang salah dan betulnya. Lagipun bukan semuanya fail.
Pelaka pun aku tak beli lagi, apatah lagi nak buat. So boleh dikatakan terlepas dari kelompok statistik mangsa tragedi petang tersebut.

Cakap banyak tak guna - A picture worth a thousand words, so let's
TERJAH ~



Semasa proses pemarkahan AKA sesi mereject artwork.



Wajah riang sebelum disedihkan.



Sesi menitiskan air mata kestressan

Diikuti sesi perbincangan assignment untuk minggu depan;







p/s: Ada di antara tuan punya gambar aku dah minta izin untuk guna.. Gambar yang explicit sangat aku tak letak oke.

Untuk minggu depan kami diminta untuk menari. Uhhh?
Jumpa lagi di lain hari - bahan dah ada cuma menunggu ketika yang sesuai untuk diluahkan.
Salam --

Mar 4, 2009

Isu Berbangkit : Mara lagi ?

Berita baik : Pembahagian pinjaman telah dibuat beransur-ansur.
Berita kurang baik : Hanya 10 orang dipanggil dalam seminggu untuk menerima cek.

...Dan setakat ini, hanya seorang pelajar AD telah dikenal pasti selesai menerima pinjaman tersebut. Siapa lagi 9? Pelajar bisnes?

Disini kami langsung tidak terdetik untuk membangkitkan isu perkauman antara kos, tetapi mengikut teorinya pelajar AD lebih memerlukannya berbanding kegunaan aliran lain.
Tidak dikira jumlah pinjaman yng dengar-dengarnya hanya RM3800.

Berdasarkan apa pelajar dipanggil? Susunan pangkal nama? Ataupun sepenuhnya secara rawak?
Ingin saja kami bertandang ke ikip 3 dan bereformasi di hadapan pantai taman gelora, menggengam sepanduk seraya menjerit;

"Belia AD Mahu Mara !"

Kalau leturer faham keadaan kami dan menangguh tarikh submit assigment, tidaklah kami terfikir untuk merengek.
Hanya beberapa pensyarah mempertimbangkan alasan ini.. Dan mungkin kami akan betul2 bermogok jikalau ada pangkahan seperti;

"Kamu dah tahu kos ni mahal kan. Lantak kamu la, saya tak peduli.
Asalkan kerja siap!"

=)

Mar 3, 2009

Kertas Berharga Penyumbang Cita-cita dan Angan-angan



Bercakap tentang pinjaman, semua penuntut kolej IKIP khususnya masih lagi berada dalam penantian; mengharapkan secebis bantuan untuk sesuap nasi dan modal untuk menyiapkan work yang semakin hari semakin merunsingkan perbelanjaannya.

Borang telahpun siap diisi dari semester 1 lagi - dan walaupun kami tidaklah terlalu berharap untuk menikmati pinjaman tersebut seawal sem 1, tetapi terdetik juga untuk menyoal kerana berbeza dengan PTPTN, pelajar akan langsung menerima wang mereka dalam tempoh beberapa bulan selepas proses semakan selesai.

Secara am nya, semester 2 bermula pada bulan 12 tahun lepas, dan proses tandatangan perjanjian baru saja siap dibuat bulan 2 tahun ini - tidak pula dikira pelajar yang menghadapi kesulitan dengan borang mereka, yakni terpaksa menunggu borang baru lantas menunda proses penyerahan pinjaman tersebut.

Kami bukanlah papa dan terlalu mengharap, tetapi memandangkan keperluan bahan-bahan untuk bidang yang kami ceburi amatlah memedihkan dompet, lantaran itu jumlah pinjaman yang dianggarkan lebihRM5 ribu boleh dikata sangat diperlukan..

Congak sendiri - kamera slr mahupun laptop, keduanya merupakan satu keperluan dan kosnya menelan ribuan ringgit. Tidak termasuk assignment seharian yang datang dalam pakej kecil, tetapi jikalau dihimpun boleh mencecah ratusan ringgit dan tidak mustahil hampir RM1 ribu.
Tahu apa yang lebih teruk? Assignment datang setiap minggu.
Kalaulah rumput jalanan boleh direbus dan dimakan..tidaklah kami merungut sebegini.

Perlu diambil kira walaupun tidak wajib jika diakali, kami memerlukan ruang untuk berhibur sebelum ada diantara kami menjadi sewel, angau atau lebih teruk, gila. Hanya teman sealiran yang tahu dan faham tekanan kami hadapi sehari-hari. Bunyinya drastik, tapi ia sememangnya kenyataan terpudar di sebalik lemparan senyuman kami..
Pendek kata, duit lagi. Bingung. Bingung.

Hanyalah sedikit coretan dan luahan, idea asal untuk merungut milik seorang pelajar bisnes, fj (bukan nama sebenar).
Harap maklum ~

Mar 1, 2009

25 things you may not know about me - Tagged by mana


Let's get this done quickly mkays : x

1] I love loli. Most of my rl buds didn't know this, but pftt almost all my o9 mate knew it.

2]I've done all the 3 'big' sins. Go figure

3]I'm a single child, and not really enjoying it.

4] Tried to be a literate typer from a childish forum - and I only use short form in sms.

5]Love to draw, but hate to do it for assignment. Deadline = mindfucking. x(

Drawing is all about mood and plenty of time, and away from pressure

6]Aimed for graphic stream, but FAILED since I didn't bring the given interview works *shot*

7]25 things is too much don't you think? >.>

8]Robbery? Car stealing? Been there done that

9]Am a heavy drunker - only when I have cash to spare

10]Never take things seriously, and would probably laugh on anything

11]I can't stand yaoi. Geeh

12]Loathes long wall of text

13]HATES math. All kind of it

14]My first hero is Ultraman.

15]25 is too much luls. I'll continue later?

Afterall the hardest person to know is yourself, aite? =)

Pc Fair: 5 - 8 March. Jom terjah !


Inilah peluang untuk korang tambah RAM bergig2 bagi pc cekang, borong pendrive ke, overhaul grafik kad, ataupun peluang untuk cari laptop murah tapi canggih..

Mengikut teori, sepatutnya duit MARA dah masuk time tu. Tapi tak tau la kan, hanya tuhan yang tahu..

Lokasi di kedai pc belakang mega. jumpe di sana !