Mar 3, 2009

Kertas Berharga Penyumbang Cita-cita dan Angan-angan



Bercakap tentang pinjaman, semua penuntut kolej IKIP khususnya masih lagi berada dalam penantian; mengharapkan secebis bantuan untuk sesuap nasi dan modal untuk menyiapkan work yang semakin hari semakin merunsingkan perbelanjaannya.

Borang telahpun siap diisi dari semester 1 lagi - dan walaupun kami tidaklah terlalu berharap untuk menikmati pinjaman tersebut seawal sem 1, tetapi terdetik juga untuk menyoal kerana berbeza dengan PTPTN, pelajar akan langsung menerima wang mereka dalam tempoh beberapa bulan selepas proses semakan selesai.

Secara am nya, semester 2 bermula pada bulan 12 tahun lepas, dan proses tandatangan perjanjian baru saja siap dibuat bulan 2 tahun ini - tidak pula dikira pelajar yang menghadapi kesulitan dengan borang mereka, yakni terpaksa menunggu borang baru lantas menunda proses penyerahan pinjaman tersebut.

Kami bukanlah papa dan terlalu mengharap, tetapi memandangkan keperluan bahan-bahan untuk bidang yang kami ceburi amatlah memedihkan dompet, lantaran itu jumlah pinjaman yang dianggarkan lebihRM5 ribu boleh dikata sangat diperlukan..

Congak sendiri - kamera slr mahupun laptop, keduanya merupakan satu keperluan dan kosnya menelan ribuan ringgit. Tidak termasuk assignment seharian yang datang dalam pakej kecil, tetapi jikalau dihimpun boleh mencecah ratusan ringgit dan tidak mustahil hampir RM1 ribu.
Tahu apa yang lebih teruk? Assignment datang setiap minggu.
Kalaulah rumput jalanan boleh direbus dan dimakan..tidaklah kami merungut sebegini.

Perlu diambil kira walaupun tidak wajib jika diakali, kami memerlukan ruang untuk berhibur sebelum ada diantara kami menjadi sewel, angau atau lebih teruk, gila. Hanya teman sealiran yang tahu dan faham tekanan kami hadapi sehari-hari. Bunyinya drastik, tapi ia sememangnya kenyataan terpudar di sebalik lemparan senyuman kami..
Pendek kata, duit lagi. Bingung. Bingung.

Hanyalah sedikit coretan dan luahan, idea asal untuk merungut milik seorang pelajar bisnes, fj (bukan nama sebenar).
Harap maklum ~

No comments: