
Maaf post menggedik, saya nak tinggalkan ingatan berambut panjang sebelum dipotong nanti. Nanti dalam konteks nanti yang tak pasti, bagai menanti kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba. Tapi mahu tak mahu, memang kena potong untuk mendaftar. Masalah mendaftar saja, masa belajar tiada siapa kesah. Mungkin mereka takut ibu bapa yang mendaftarkan anak memandang serong kepada kegiatan berambut panjang sebegini.
Last potong hujung sem lepas, khuatir sebab tak boleh masuk final. Potong belakang je. Ceh, rupanya kalau tak potong pun takpe. Surat kompaun pun boleh diabaikan kalau dapat. Pak guard punya kesalahan lagi bertimbun, dah boleh buat buku kalau nak.
Salah satu impian dalam hidup saya, berambut panjang sudah tercapai. Kalau terpaksa potong lepas ni pun tak sedih sangatlah. :)
Bukan lagi sekadar nama. Sekarang, ianya satu pangkat. Mungkin bagi penduduk belia sekitar perumahan saya, jika tidak satu dunia. Pangkat itu, sangat perlu dielakkan. Jangan buat perkara bodoh secara langsung. Kerana anda akan terus disalak sampai balik. Hari itu, anda menjadi jenaka semua.
Tips hari ini, jika anda dipaggil Borhan, cepat2 tuding jari kat orang lain. Cari calon lain yang lebih layak dalam kelompok geng anda. Anda perlu selamatkan diri secepat mungkin.
Siapa Borhan? Borhan ialah Keluangman.

Anda patut tahu tempat tinggal Borhan, dan apa masalah beliau.
Earlier today I was listening to some random radio, and some dude called the station telling about his life. "I think if there's an award for procrastination, I'd be the King every now and then!". You can pictured the confidence in his speech.
But I thought I'm the king. Or my buddies. If that dude started doing his task on the night before dateline, well I'd do my task 2 hour before dateline. In fact, I'd ask more time from the lecturer, just to start as late as I can and am not proud of it.
Dude, you're just a lvl 4 procrastinator.
Macam awal sangat je. Alaah. Tak ready lagi kot. Tapi. Aduhh.
Kalau result macam tak best, saya akan pura2 lupa bercakap soal itu dan akan sedaya upaya mengubah topik bila ditanya.
Dan kalau best, saya akan sangat riak dan bertalu2 menekan butang share. :)

Sebelum cuti saya dah ambil banyak stok movie. Bermacam genre. Movie anime pun ada. Untuk ditonton kala bosan. Yang tak best, tengok sekerat trus delete. Baru 2 minggu cuti, dah habis dah tengok semua. Nampak sangat memang cuti ni bosan kan?
Antara movie yang saya suke, ialah antara movie box office. Dah lama keluar, baru ada peluang nak tengok. 2012. Saya seronok menonton kerana tayangan dalam HD dan dalam suasana subuh. Mungkin itu menambah feel dalam menghayati saat kemusnahan dunia. Lagi satu movie, League of Extraordinary Gentleman. Kedua2 movie banyak menggunakan CG/ kesan khas, hingga boleh menambah ketidak logikan cerita yang memang tak logik itu. Tengok 4 5 kali, mungkin anda akan berpendapat "Saya pun boleh buat movie macam tu lah." Kalau cakap, semua orang boleh kan. Soal cakap, semua orang menang. Semua boleh jadi lawyer.
Movie anime yang sempat saya cilok, Summer Wars. Ini pun banyak kesan khas. Dan banyak kreativiti diserapkan. Juga banyak tenaga kerja untuk menjana idea. 400 milion avatar yang berlainan, dan mungkin kita hanya disajikan dengan 100+, tapi ia sudah cukup untuk menarik movie ini keluar dari kelompok anime bajet murah.
Cuti ini, game dan movie sahaja. Keluar mengeteh, kadang2.
Kawan lama dah banyak kali call, tapi saya tak rasa nak jawab. Sebab kalau dengan beliau, kami tidak akan balik rumah selagi belum pukul 4 pagi.