May 31, 2010

Selamat Tinggal ?


Maaf post menggedik, saya nak tinggalkan ingatan berambut panjang sebelum dipotong nanti. Nanti dalam konteks nanti yang tak pasti, bagai menanti kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba. Tapi mahu tak mahu, memang kena potong untuk mendaftar. Masalah mendaftar saja, masa belajar tiada siapa kesah. Mungkin mereka takut ibu bapa yang mendaftarkan anak memandang serong kepada kegiatan berambut panjang sebegini.

Last potong hujung sem lepas, khuatir sebab tak boleh masuk final. Potong belakang je. Ceh, rupanya kalau tak potong pun takpe. Surat kompaun pun boleh diabaikan kalau dapat. Pak guard punya kesalahan lagi bertimbun, dah boleh buat buku kalau nak.

Salah satu impian dalam hidup saya, berambut panjang sudah tercapai. Kalau terpaksa potong lepas ni pun tak sedih sangatlah. :)

2 comments:

pueawer said...

hahaha!!! fuh! pjg seyh! ak pon da potong! pndek j skg! huuu

r e n z said...

aik da smpai kesini ko awe..haha