May 30, 2010

Movie yang Epic.


Sebelum cuti saya dah ambil banyak stok movie. Bermacam genre. Movie anime pun ada. Untuk ditonton kala bosan. Yang tak best, tengok sekerat trus delete. Baru 2 minggu cuti, dah habis dah tengok semua. Nampak sangat memang cuti ni bosan kan?

Antara movie yang saya suke, ialah antara movie box office. Dah lama keluar, baru ada peluang nak tengok. 2012. Saya seronok menonton kerana tayangan dalam HD dan dalam suasana subuh. Mungkin itu menambah feel dalam menghayati saat kemusnahan dunia. Lagi satu movie, League of Extraordinary Gentleman. Kedua2 movie banyak menggunakan CG/ kesan khas, hingga boleh menambah ketidak logikan cerita yang memang tak logik itu. Tengok 4 5 kali, mungkin anda akan berpendapat "Saya pun boleh buat movie macam tu lah." Kalau cakap, semua orang boleh kan. Soal cakap, semua orang menang. Semua boleh jadi lawyer.

Movie anime yang sempat saya cilok, Summer Wars. Ini pun banyak kesan khas. Dan banyak kreativiti diserapkan. Juga banyak tenaga kerja untuk menjana idea. 400 milion avatar yang berlainan, dan mungkin kita hanya disajikan dengan 100+, tapi ia sudah cukup untuk menarik movie ini keluar dari kelompok anime bajet murah.

Cuti ini, game dan movie sahaja. Keluar mengeteh, kadang2.
Kawan lama dah banyak kali call, tapi saya tak rasa nak jawab. Sebab kalau dengan beliau, kami tidak akan balik rumah selagi belum pukul 4 pagi.

2 comments:

azyan azilah said...

apasal banyak sangat cerita american pie ni? lol

r e n z said...

err sbb die ade 5 movie. saje simpan sbb nk tgk balik 5 minit pertama setiap movie :) first 5 min = EPIC