May 23, 2010

Detikan Penantian Sem Limaan.

Dah lama dah rancang nak susun sepahan gambar dalam folder bluetooth, serta folder bertajuk sem 4 itu. Dah lama dah belek. Sebaik nak tekan right click dan cut, terus terbantut. Online dululah. Tengok movie dululah. Ataupun ke masjid dululah.

Malam ini mungkin malam penentuan. Malam yang ditakdirkan. Terusik jugak folder bersepahan tadi dan terkemas sekemasnya. Sedang belek2 gambar dari sem 2 sampai sem 4. banyak jugaklah pengalaman yang saya dapat. Gambar sem 1 dalam pc, dan nampaknya monitor buat hal pulak. Tengah copy nak masuk dalam laptop, terpadam. Mungkin dia tahu lepas ni dia akan diabaikan sebab dah tiada gambar kenangan kat situ. Mengada2. Gedik lebih.

Kalau sem 1, saya dapat tambah adik beradik, makan sepinggan tidur sebantal berak selubang. Dan mungkin juga saya terkejutan budaya sedikit melihat ragam orang bandar. Saya masuk belajar dengan agak sedih, sebab ada kejadian terjadi hari pertama mendaftar. Takmau cerita, hanya orang yang berkenaan tahu.

Sem 2 pulak dah berpecah, berpindah randah. Sebab adik beradik tadi student UTM, dan diorang dah cari rumah sewa dekat dengan kampus. Memanglah saya tak ikut. Waktu itu Mara dah masuk, dan moto pun dah keluar. Kali pertama saya merayau2 tiada tujuan sampai ke pagi. Mengeteh dengan kawan lama. Berjalan sampai ke Terengganu semata2 sebab nak draw duit, dan macam2 lagi lah.

Sem 3, keywordnya Rekreasi. Itu yang paling menarik minat saya agaknya. Agak kesian dengan kelab lain, Drama dan Taekwondo. Macam hambar je. Sedangkan kami pergi mandi manda seakan2 pesta sosial - penat tapi seronok. Teringat lagi kami kayuh rakit tapi out course dan langgar rakit sebelah sampai block diorang. Last2 kami dan rakit sebelah dua2 kalah. :D

Sem 4, terbaiklah. Saya sangat tak sangka boleh sampai ke Johor. Lalu Ulu Tiram pulak tu. 10 tahun dah saya tak kesana. Paling jauhlah saya pergi dalam beberapa tahun ini. Eh, tolak dengan balik raya di Penang. Yang itu sanga jauh, Dan memori daun pisang paling manis, sem ini hidup berdua :) Bertiga, tak tahu lagilah bila. Hee.

Sem 5 nanti tiada siapa tahu macam mana. Masa depan yang diharap, untuk cerah berkilauan. Tapi saya dapat rasakan ia akan sangat sibuk, ditambah dengan perancangan idea untuk sem 6 nanti. Awal2 dah kena plan. Tapi saya khuatir dengan kualiti idea yang dijana. Sebab idea yang paling bernas, datang secara tiba2. Mungkin dalam setahun, mungkin 10 tahun. Kalau diperah dengan diberi tekanan masa, yang keluar pun setakat cukup makan saja.

Apa2 pun, all the best untuk semua - yang akan terus berjuang sem hadapan, atau yang tengah bercadang untuk tukar course, dan tahniah kepada yang sudah graduate. Hidup masih jauh. Teruskan bermain dalam permainan hidup. Dan yang paling thrill, tiada siapa tahu tentang masa depan kita, masa depan mereka, ataupun masa depan dunia.

Akhir sekali, gambar curi dari yayang :)


Saya tak pasti apa yang mereka buat di belakang tu.
Surprise buttsecks perhaps?

2 comments:

Anonymous said...

buttsecks atah dahi mung
hahaha

r e n z said...

haha..pojie ke? fami ngn anep mmg terkenal ngn sifat gay mereka