May 13, 2010
Panggilan.
Dalam pukul 6 petang tadi, aku ada bawak balik 2 ekor anak kucing yang masih dalam usia menyusu. Seekor tu sangat bising dari dalam longkang, so aku jenguk la. Ish, jatuh lagi. Seronok sangat terjun longkang tu kenapa. Padahal malam tadi aku dah angkat dua2 letak kat rumah seorang yang rawak, tapi dari sudut susunan rumah itu aku agak tuannya seperti orang baik2. Nasib baik kucing tu bising. Kalau diam je, siapa pun tak tahu. Seekor lagi, aku ingat dah mati. Sebab aku nampak ulat. Tapi ekor die macam bergerak lagi. Tapi mungkin sebab dihanyut air. Aku zoom in tengok perut dia. Dalam 15 saat aku tenung, nampak tiba2 masih lagi berdenyut. Laju2 aku bawak naik dan basuh badan dia sikit. Seekor lagi, berlari ke sana sini lepas dibersihkan.
Kalau tinggal, mesti terjun longkang lagi. Jadi aku bawak balik. Lap bagi kering. Suap nasik tak mahu. Friskies pun taknak. Kucing aku yang besar tu pun tak makan friskies dah. Ape dan bile dia makan pun aku tatau. Sedar2 dah besar macam tu.
Sekarang, 3.30 pagi. Dua2 masih hidup. Tapi yang macam bangkai tadi tu, sekarang baru nak nazak. Tadi elok je tido diam2. Dulu masa kecik2, aku pernah la tengok saat2 kucing nak mati. Menggelupur. Macam orang jugak. Kepala dah bengkok ke atas bertemu tulang belakang. Bayangkanlah.
Aku cuba bagi cpr. Tapi takde cium2. Aku tekan dada die sikit2 je. Duduk mengadap die, terpikir kejap.
Pikir mati. Tapi selalunya sekejap je insaf kan.
Orang2 kaya sanggup beli kucing 2 3 ribu sebab kucing itu comel, kucing kacuk. Nanti bawak balik boleh belai, jaga, bagi makan. Walhal kucing tu kalau tak dibeli pun memang dah dijaga molek sangat. Sebab itu beliau comel.
Kucing jalanan macam tu, kenapa taknak pulak kutip? Sah2 takde orang nak bagi makan. Sebab tu kurus, hodoh. Darah sama merah, tapi perkauman jugak. Kucing tetap kucing. Bukan dia mintak lahir dalam longkang. Dia pun nak dilahirkan sebagai kucing kacuk. Yang orang beli buat masuk bertanding. Atau kurang2, popular dengan jadi cover tin whiskas.
Nanti bila aku bangun tidur kalau kucing tu dah keras, redha je la. Tapi dia tak mati dalam longkang, dia mati dalam rumah aku bawah kipas, atas kain empuk. Di luar hujan, tapi dia sikit pun tak kena.
Kucing yang lagi sekor, sibuk tangkap tangan aku yang tengah menaip entry ini. Sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
abang ni mmg penyayang btol.. haha
haha aku sndiri x mkn, nk bg kucing mkn lak kn.
meow meow. kucig comel mcm muka azri. HAHAH :DD
Post a Comment