Dec 18, 2010

Hari akhir final: ETR

Subjek yang sebenarnya bukan memerlukan otak cekap mengira, tetapi kehebatan membawa masuk toyol untuk semua bab ke dalam dewan tanpa dikesan. Dan tanpa diduga, tiada langsung soalan matematik padahal saya sudah bawa nota jalan kira sepanjang satu muka penuh untuk dikaji. Yang keluar, penjelasan mudah yang hanya perlu dihafal, dan saya skip nota itu dalam toyol saya kerana ia begitu mudah dan saya kira tidak akan masuk di dalam final.
Etr memang benar2 menguji kesabaran semua.
Nama kumpulan setelah difilter dari 'Ketum group', 'Fingering Craft', 'Star Craft' etc, kami pilih Jari Craft.

Design yang paling mudah setakat ini. Satu brush photoshop untuk logo, dan satu lagi untuk motto di bawah tu. Saya hanya buat yang ini dan beberapa taipan serta satu dua kiraan mudah untuk assignment.

Hari paper ETR, merangkap hari akhir final, dan merangkap satu-satunya paper final segelintir dari kami

Saya pakai tie lah untuk hari itu. Ada sebab ok. Dan hanya hari itu boleh kami melaram di dalam dewan dengan ber-overdressing.

B- untuk ETR.

No comments: