Dec 16, 2010

Sculpture Sem 5.

Sem lepas mungkin ada sedikit kelainan, memandangkan kami diberi kerja berkumpulan. Kalau kerja dalam kumpulan 5 orang, mungkin saya tolong sapu varnish saja. Oleh sebab 2 orang, saya tak boleh mengelat sangat :)

Pertama kali belajar welding. Betul lah cakap orang, perempuan lagi handal dalam lekat melekat. Bila saya cuba kadang2 je jadi, dan kadang2 meletup. Ya, meletup ok. Licin sekejap bulu roma saya. Mujur tak menyambar badan. Bila saya buat, yang tak meletup pon boleh meletup. Kagum tak?

Subjek yang kami (saya) pilih - Predator. Sebab saya tak jumpe contoh bugs bunny ye yayang.
Banyak juga konflik rumah tangga sepanjang proses ini, tapi syukur sempat juga siap walaupun masih ada yang mahu ditambah. Kalau sempat. Kalau. Kalau. Kalau.

Perjuangan mencari besi.

Besi dijumpai.




Proses penghasilan Encik Predator

Hasil yang termampu dengan besi yang terhad.

Banyak lagi lah gambar sebenarnya. Entah kemana hilang. Naik cuti nanti yayang sila bagi semua gambar dalam koleksi ok? Terima kasih.

B- untuk ini.



No comments: