Jun 29, 2010

Marriage.




Secara purata, sangat ramai kawan kawan saya yang telah berkahwin. Ada juga tak terkecuali yang lebih muda dari saya. Saya tak percaya kepada prinsip 'kahwin awal untuk elak maksiat'. Sebab kalau terlintas di fikiran semacam itu, semestinya beliau masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya bukan terlalu 'risau' tentang bahaya, komitmen dan toleransi kahwin, tetapi saya lebih suka dipanggil 'berhati hati. Kawin untuk elak maksiat, tapi tiada pengetahuan yang cukup selepas kawin, tak sampai sebulan dah bercerai. Kalau tidak pun, berjuta masalah yang timbul. Saya bercerita berdasarkan pengalaman orang sekeliling, ya.


Tak perlu gelabah mahu kahwin awal, tetapi janganlah sampai terlajak. Peringkat umur yang sedang sedang saja. Pandai pandai lah hitung. Kalau boleh, elakkan sambung belajar SELEPAS ada anak. Nak buat apa, buat dulu bagi siap. Tak perlu dah kawin masih ada personal achievement yang belum dicapai. Whatever happens to "Family Comes First?"

No comments: