Himpunan pelajar AD - Fine Art sem 6 dipanggil bersama work mereka untuk final projek, dan kami turut diundang untuk bersama2 pensyarah mengkaji hasil kerja mereka yang akan diperagakan di galeri untuk tatapan umum.
Satu persatu dipanggil, wajah mereka jelas tergambar akan perasaan takut dan tidak selesa kerana tahu akan disoal dan dihujani dengan cacian para pensyarah. Mari kita TERJAH situasi di studio tersebut..

Barisan para pensyarah dengan semangat berkobar2 untuk mengkritik

Mangsa pertama.. tohmahan yang diberi cukup mengguris tetapi ianya untuk kebaikan
Subjek lukisan - Bunga Matahari

Kelihatan para pelajar sedang khusyuk memberi perhatian.. tidak kurang juga yang cuak dan yang tertido xD



Subjek lukisan - Bunga Raflesia

Subjek Lukisan - Bunga Orkid
Turutan pelajar dipanggil mengikut hasil kerja mereka - dari yang kurang memuaskan hinggalah yang terbaik. Jom TERJAH lagi ~

Subjek Lukisan - Mentadak

Seterusnya;



Dan pelajar terakhir.. dengan subjek beliau iaitu.. katak


Mereka dikehendaki menyiapkan beberapa drawing di atas kanvas, membuat arca subjek masing2 dan beberapa tugasan lain.
Keadaan di dalam studio agak hingar pada beberapa ketika, dan masing2 cuba melawan balik dan ada diantaranya berjaya.. syabas diucapkan.
Manakala yang teruk menerima teguran, harap bersabar dan cuba lagi dan lagi untuk menyiapkan yang terbaik.
Kepada pelajar junior, harap korang faham yang jurusan AD memang penuh dengan peluh dan ayat2 kesat. Sendiri mau ingat~ Yang kuat hidup, dan yang lemah pasti akan kecundang..
Persoalannya - sekuat manakah korang? Masing2 dah berikrar sepayah manapun rintangan akan dihadapi, tetapi apabila berhadapan dengan cacian di depan mata, adakah anda cukup pejal untuk menepisnya?
Salam =)
No comments:
Post a Comment