Apr 29, 2010

Hari ini.

Bosan. Jadi saya tido aje.




Time kasih yayang. Lagi sedap dari donut Kah Nah sebelah rumah buat :)
Sebelum balik kite sambut besday awak dulu oke ?

200th post.

Saya cuba mengamalkan prinsip sehari satu entry.
Jadi sebulan saya akan ada 30 atau lebih entry.

Itupun, kalau saya rajin. Bukan dapat gaji pun post entry panjang2.

Diploma Show 2010 : En Masse


27 & 28 April 2010, Megamall Kuantan.

Penat, tapi seronok. Penatnya macam korang balik kerja dari pasar borong pukul 9. Macam kerja pasaraya angkat berkaton2 tin susu. Macam baru balik cop sawit. Tapi takpe, overall enjoy. :)

Oh, gambar dari kamera saya yang 20 MP itu sahaja. Gambar lain, saya belum curi lagi.
Gambar orang lain ambil, saya tak letak cop nama saya ye.

Saya datang agak tengah hari, sebab pagi itu hujan. Moto saya belum pasang bumbung lagi. Kepada Cik Ujang, saya dah bangun dah pagi tu. Dan saya bertafakur sampai hujan berhenti, tak tido balik pun. Sikit pun tidak.


Hari itu saya rasa Megamall macam rumah saya.
Berlari sana sini berkaki ayam, memang seronok.



Masa saya sampai, saya lihat mereka sedang memadu kasih.
Biarlah, bagi can. Asyik2 saya je, muntah jugak diorang tengok.



Berjakun-jakun dahulu, berpeluh-peluh kemudian.


Saya bangga kerana dapat berhenshin bersama artis pujaan.
NOTE : Aku tak record pojie nyanyi, phone takde bateri. :)


Haaa ni bukti kami menolong. GIGA DRILL BREAKAAA.


Penat kerja, makan time. Penghargaan kepada Cik Ujang kerana terbelanja kami makan sampai ke malam. Hilang penat sekejap dapat mencanai free.

Gambar lain, stok fesbuk kot.

Ouhh takkan adanya ayat-ayat gedik dari saya macam "Kami dapat pengalaman dari semua ni, nervous lah bila tunggu turn kami pulak !"

Sebab. Nak taknak memang akan jadi jugak. Jadi tunjukkan attitude 'Been there done that' agar tidak terlalu kelihatan ulu sangat.

Dan sebab. Saya tidak terlalu devote terhadap pelajaran.

Apr 27, 2010

Sedara kot.



Sedang kitorang lepak2 mengeteh, adik beradik jangoat datang nak mintak keje pulak.
Kami macam tak berapa sukalah, sebab duduk dekat sangat. Tanduk dia nampak keras dan tajam. Kami tak kebal mana pun.
Agak2 kami tak berapa nak layan, dia datang lagi dekat.
Nak rokok sebatang katanya. Heh, memang tak dapat la nak bagi.

Sesudahnya makan, beliau boleh pulak nak ikut balik CM.
Kitorang slow talk tak jalan, so kami ugut nak sembelih beliau buat aqiqah.
Agak terkencing la bila dia dengar.


Betul, dia terkencing. Kitorang jadi kesian.Tapi mengantuk kami lagi penting. So kami balik untuk membuta tanpa sedikit hati perut pun.

Lek lu, shisha lu !



Malam kami penat membuat kerja amal lepas, rasa nak lepas segala kekusutan layan shisha kejap. Dah lama lah tak kena banda alah tu. Betol.
Kalau dulu, setiap sabtu saya akan pekena shisha di deretan kedai makan Thai dalam pagar dekat rumah saya.
Sem ini, saya langsung tak bau shisha. Duit dalam poket ade RM20 sampai minggu depan. Apa lagi, shisha jom?
Pojie, gambar anda tidak disiarkan kerana anda tak join kami. Tak sporting lah.

Maaf kawan-kawan.

Bukan saya tak boleh bangun pukul 9 pagi untuk kemas studio, tapi sebenarnya pukul 9 baru saya rasa mengantuk. Jadi, pukul 9 pagi memang masa tidur saya sejak dari sekolah lagi. Harap maklum.


Agak terkancoih juga bila melihat keadaan studio yang sangat bersopan semalam.
Jadi sangat terima kasih kepada anda-anda yang tolong mengemas.
Sem depan saya janji saya akan cuba tidak tidur pada 9 pagi. Janji untuk cuba.

Apr 26, 2010

COPY PASTA SPERMA.

Tak rasa nak pikir ayat sendiri. Saya agak sibuk dengan diploma show sem 6. :)

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.

Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.

Kita sambung lagi.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:

  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

http://blog.amirez.com/kenapa-perut-lelaki-buncit-lepas-kahwin.html

Apr 24, 2010

Semester 4 Sudah Tamat : )

...Belum sepenuhnya, tapi cuma tinggal 1 paper, yang saya tak rancang nak hafal tahun Wednesday Art Group ditubuhkan dan sebagainya.

Saya hover folder gambar sem 4. 6gb besar.
Belum campur video dan gambar yang belum disusun.
Saya puas hati berbanding gambar sem lepas yang hanya 2-3 gb.

Macam rasa nak letak, tapi dah ada orang letak.
Nanti kena saman pulak sebab meniru.
Jadi saya ambil keputusan nak membebel je lah.
Lagipun malas nak edit-edit letak watermark murahan macam selalu.

[mengarut:on]

Awal-awal sem dulu masa daftar, aku tengah fikir nak ambil lauk je.
Yelah kalau lambat, takut lauk basi. Penat je beliau masak susah-susah nanti.
Bila dah jumpa, nampak macam kekok je. Alah baru sebulan lebih tak jumpa.
Lek laaaa. : )

Cakap pasal awal-awal sem sebelum kelas start, dah ada program pukimak yang memang sangat pukimak lah.
Kembali ke landasan.
Aku rasa baik korang pegi baring kat landasan keretapi je lagi syok.
Takde la korang kena mengadap muka pakcik gila seks yang sangat hipokrit atau berbaring bersama lintah dan ular.
Tentang pakcik tu, aku tak fitnah. Memang dia gila seks. Pedo amatur.

Bila kelas start kami masih lagi mengelamun.
Biasalah, kerja belum bertimbun. Tapi saya tetap kena buat kolaj, sebab setompok kolaj itu bersamaan 2 jam. Jadi bayangkanlah bertompok2 kolaj saya kena siapkan.
Tapi lek lu, masih ada masa bersushi dan berkaraoke. Dan wayang. Dan tc.

Saya taknak komen tentang pengajaran dan pembelajaran.
Lecturer semua best. : ) Paling best-lah.
~Saya taknak kena gam oke.

Pendek cerita, kami ke Johor, Tioman, Redang, Langkawi, macam2 lagi lah.
Kesimpulannya sem ini sangat seronok. Hee.
Lagi satu sebab best, sem ini saya hidup berdua.
Dan terlalu banyak kejahatan yang saya buang jauh-jauh.
Terima kasih sebab ugut tak nak cakap dengan saya sampai mati kalau saya buat benda bukan2 ye awak. : )

Budak-budak kos saya, esok mereka ada exam MUET.
Saya dah 2 kali ambik, tak lepas2. Bengap jugak la nampaknya kalau macam tu.
1st masa form 6, saya tak ambik upper 6.
2nd kat melaka, saya tak pergi final. : )
3rd. sem depan kot. Atau sem 8 nanti. Ceh.

Cuti sem ini, saya nak mencari kerja part time di samping membantu ibu bapa saya : )
Pehh bapak mulianye koi. Mak saya dengar mesti nangis.

Akhir kata, harap maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan saya selama sem ini.Sem lepas2, saya peduli ape. Benda lama pun nak terasa pergi matilah.

Jumpa lagi di post akan datang ~

[mengarut:off]


Satu gambar je, tarahal la nyah kan


~renz

Kolaj terdesak.

Esok nak hantar. Sebelum pukul 12. Sekarang, pukul 6 pagi.
Peh, sempat sangat. Lek luuu.

Pukul 8, gerak gi studio. Buat kat sana je lah.
Eh, warga sem 5 guna studio. Bila nak habis ni?
Pukul 11. Wah. Baru kelam kabut nak buat.

Hasil kelam kabut itu, sebijik kucing. Sapu bitumen tanpa cakap banyak.





Ini, aku buat malam itu. Sambil tengok langit kuning.

Printmaking sem 4 - DONE !



Original title : Bangla Mengambang

Satu lagi hari melepas lega. Kami jadi tak takut bila hari assessment, sebab kami dah tak larat nak melawan bila kena tanya itu ini. Iyekan aje.
Dah lepas hari itu, rasa sekelompok beban yang macam tahi melekat di buntut, jatuh berderai.

Amboi indahnya. Mana yang siap, siaplah. Mana yang tak sempat, terpulang la nak tolak markah atau bagi markah kesian.
Yang penting, kami sudah sampai batasan.

Oh, TERIMA KASIH berbilion lemon kepada anda kerana menolong saya sapu dakwat kat muka bangla tu.
Memang bangla mengambanglah. : D

Apr 22, 2010

Haiwan Peliharaan dalam bilik.

Mereka itu, bela hamster dalam bilik. Yang takut benda berbulu pun dah berani2 pegang.
Rakan2 sebilik berkumpul suap kuaci. Mesranya. Satu perasaan silaturrahim yang harmoni.

Aku pun nak bela jugak. Bela arnab.
Arnab yang boleh berkata-kata. Boleh teman aku berbual bila malam.
Yang boleh aku hukum, kalau buat salah atau kencing merata.
Yang boleh buat aku, hmm, hilang bosan.
Sebab aku nak bela beliau dalam bilik. Dan nak bela lama.
So aku nak arnab yang muda-mudi.


Siapa tahu di mana jual arnab yang macam ini, hubungi aku secepat mungkin.
Terima kasih.

Perancangan sebenarnya tidak efektif.

Rancangan. Agak mengarut sebenarnya. Langsung tak accurate dan dependable.
Sebab. Konon2 minggu depan nak tengok wayang. Dah janji bagai dengan saing2.
Alih2, mnggu depan 3 orang demam, 2 balik kampung, 1 mati eksiden.

See.

Yang paling afdal, paling jadi, ialah bila pagi itu bila rasa nak tengok wayang, kau ketuk pintu kawan terdekat. Yang mana bukak pintu, ajak je. Taknak ikut, sudah.
Lakukan ini sehari selepas MARA masuk, dan peratus keberjayaan ialah 94%.

Lepas tu, turun bawah pulak. Lepak-lepak depan pintu asrama.
Nampak orang yang agak2 fun lepak bersama, ajak je.
Kalau dia takde duit, support la seringgit dua.

Macam paintball haritu. Korang ingat tak?
Plan berbulan2 lama. Hampas.
Last2 pagi tu aku runner setiap bilik, dapat jugak 4-5 bijik moto yang follow kan?

Tapi haha, perancangan dengan pemilik paintball dan pengetahuan tentang lokasi juga agak perlu.
Taklah sesat. Atau padang penuh.
Langkah spontan selalunya lebih berjaya dan mantap.

Dah habis baca kan.





Apr 20, 2010

Assessment Sculpture Hari Itu.

Macam biasa, kami bergambar. Untuk diteladani generasi akan datang, dan untuk kenang-kenangan.

Gambar diambil dan diedit oleh Cik Ujang. Kredit sepenuhnya.

:>

Drawing yang penuh ala kadar tanpa riak.


Oh, kami tak dapat duduk sebab kerusi penuh. Sesungguhnya tiada niat lain.
Harap maklum.

Apr 19, 2010

Terima Kasih

...kepada tiada siapa pun atas penjelasan tentang broadband. :)
Ataupun ada, tapi aku tak ingat siapa. Jadi terima kasih tanpa unsur sarcastic untuk anda.

Kesimpulan - aku dah ada broadband, untuk bekalan masa cuti nanti.
Sekian.

Apr 17, 2010

Work Time Base Media Sem 4.




Aku suka kerja ini. Sebab boleh alt + tab dengan fesbuk.
Atau dengan game.
Banyak modal habis untuk benda ni. Macam sem lepas.
Cik Ros, saya nak A+. For the sake of money.

Kerja, kerja. Kerja !

Assessment banyak dah selesai. Syukur. Syukur.
Ada orang betting. Kalau aku dekan, die nak bagi 125z sebijik.
Janji dengan air liur boleh la.


Cik Ujang dengan epic-nya menunjukkan belakang seorang lelaki.

Huh, dasar artis !


Petang tadi. Ada function dekat Shell.
Petang esok. Ada pertandingan. Jemput la datang ke Shell.
Alah, dekat2 kedai nasi kukus tu.

Trailer.

Sibuk. Minggu yang teruk. Penat. Semua oranglah.

Minggu lepas dan minggu ini adalah minggu yang paling memaksa kami bekerja lebih dari batasan.
Macam tema air 100 Plus. Sebijik macam mamak, banyak buih.
Tidur - satu perkataan yang sering kami tak jumpa.
Cuma kalau dah terlalu berat, kami lelap saja di mana-mana yang sempat.
Hebat bukan? Dah macam penagih rasanya.


Abang tinggi. Mengikut khabar angin, beliau riak, bongkak, berlagak, kaki panjang, etc.

Artis. Gambar tidur ini akan menjadi gosip panas satu hari nanti.

Melepek bertaburan.

Mamat ni pun nak tunjuk dia pun letih sebab banyak kerja.

Setakat ini yang dah settle - Printmaking, Drawing dan Sculpture.
Tinggal lagi Painting, Kolaj/Watercolor/Oil pastel dan subjek liberal seperti ATH dan CTU.

Selamat maju jaya dan rajin-rajin hantar work untuk semua yang bertugas.

Kepada awak, awak la, awak yang kuat sentap tu.
Nanti nota CTU jangan buat-buat lupa nak bagi oke.
Jangan nak buat perangai tidur dalam dewan, nanti saya letak muke awak tido kat sini besar2.

Apr 14, 2010

CM terbakar oi.




11 April. Kami tengah lepak-lepak kat depan asrama tempat parking moto.
Tiba-tiba kami ternampak api. Tak tiba-tiba pun sebenarnya, dah lama kami perhatikan.
Kawasan hutan sebelah loji Petronas, depan CM, belakang Shahputra, jalan IM 3/12 terjadinya kebakaran kecil. Bermulanya dari tempat bakar sampah tidak jauh dari tempat itu.


Tindakan pantas dari seorang artis prihatin yang menghubungi Bomba berdekatan


Menggu ketibaan pihak yang berkenaan.


Bomba yang berjarak 2km dari tempat kejadian tiba dalam masa 20 minit.


Kami jakun dalam prihatin.



Berbagai gaya cara penyemburan.
Siap boleh bergayut call bini tanya malam ni masak ape.


Tempoh kebakaran : 5+ sampai 7+ pm.


Kami berasa bangga hari itu, walaupun tak dapat apa-apa sijil.

Vcd PORNO.

Aku nak buat video. Video untuk golongan remaja universiti.
Mereka dimana-mana, buat macam-macam kerja.
Dan aku nak beri nama vcd itu nanti, vcd PORN.



VCD Persatuan Orang2 Rendah Negara.


Juga boleh didownload di rapidshiet.

Sunyi.

Blog dah beku. Tak berjalan. Sekejap saja.
Sebab minggu last ini sangat-sangat sibuk.kn?

Kerja itu ini, semua kena hantar minggu ni.
Tapi kan, ada je masa untuk diluangkan sama-sama berguling macam cerita hindustan.
Tidur itu perlu. Teeet.

Minggu depan azab dah habis. Hopefully.

Apr 11, 2010

Negeri 9 > Kedah.


Situasi di CM.

Gerai makan agak penuh malam ini. Tetapi masih ada meja untuk aku menasik kukus sebentar tadi.

Corak permainan Kedah penuh dengan kekerasan dan kezaliman.
Sikit-sikit terjah. Sepak sana, sepak sini. Terguling-guling anak orang kena bentes.
Tapi dengan kuasa Tuhan yang bencikan kezaliman, akhirnya Kedah tewas sepakan penalti dengan Negeri 9.

Konon sengit la tu sampai kena penalti. Takpe, layankan je bola sepak Malaysia ni.


Apr 10, 2010

Jerat Percintaan 3




Jom terjah lagi jom.

Ni pasal budak dua ekor tu. Ala, yang tu. Yang dua tu.
Tatau nak cakap lah status mereka.
Tapi nampak macam takde ape2.
Tapi kan, nampak macam mahu. Tapi malu.

Takpelah, aku letak kat sini dulu.
Mana tahu betul2 jadi.
Buleh aku jadi orang pertama buat journal.

Nampaknya Nabiha (bukan nama sebenar) cuba menyorokkan wajah.
Tapi beliau terlalu tinggi untuk berbuat demikian.

Mentadak Metal 2


Dear diary;

Sedang saya lepak2 di depan studio malam hari itu, tiba2 seekor binatang lain selain saya, yang saya syak sebagai mentadak besi, datang menyerang saya dari belakang.
Saya tak berapa pasti kalau benda tu memang dah ada awal2.
Biasalah, saya kan agak lembab sikit.

Sebaik sahaja saya perasan akan kewujudan objek itu, saya terus mengambil langkah keselamatan iaitu menukar warna kulit saya kepada warna persekitaran.

Tidak, saya tak lari. Bukan kerana saya seekor binatang gemuk yang malas seperti kata mereka, tetapi saya masih ingat lagi rancangan Discovey Channel yang saya tonton minggu lepas.
Katanya, sesumpah menukar warna badan untuk mengaburi mata musuh.
Oleh itu, saya sebagai sesumpah semestinyalah mengikut langkah itu.

Akhirnya saya terselamat dan haiwan itu berlalu pergi.

Apr 8, 2010

Se7en Award lah.


Oh macam ni ke cara dapat award. Terima kasih anep.
Saya tak pandai nak ambil2 award ni. Maklumlah, tak pernah dekan pun. :3

Award susah payah dibuat oleh arter. Makasih ye.


@ Studio


3 4 hari kebelakangan ni, segerombolan manusia asyik mengacau aku.
Menggeletek, memicit, menggetel bagai.
Ramai yang datang bukan buat kerja pun, sebaliknya membuli aku.
Warna aku yang monokrom, dah jadi warna pelangi dengan akrilik mereka.
Korang pernah tengok kucing warna hijau? Tompok biru? Dahi merah?

Tapi aku pasrah. Yelah, sapa suruh aku duduk di studio tempat orang melukis.

Bukan semua pembuli. Ada yang sangat fobia apabila melihat aku.
Ada juga orang yang menghargai sifat pemburu aku sebagai kucing.
Biasalah, kucing pemalas selalu diambil enteng oleh masyarakat.
Heh, masyarakat stereotype. Tak fantastic langsung.