Apr 22, 2010

Perancangan sebenarnya tidak efektif.

Rancangan. Agak mengarut sebenarnya. Langsung tak accurate dan dependable.
Sebab. Konon2 minggu depan nak tengok wayang. Dah janji bagai dengan saing2.
Alih2, mnggu depan 3 orang demam, 2 balik kampung, 1 mati eksiden.

See.

Yang paling afdal, paling jadi, ialah bila pagi itu bila rasa nak tengok wayang, kau ketuk pintu kawan terdekat. Yang mana bukak pintu, ajak je. Taknak ikut, sudah.
Lakukan ini sehari selepas MARA masuk, dan peratus keberjayaan ialah 94%.

Lepas tu, turun bawah pulak. Lepak-lepak depan pintu asrama.
Nampak orang yang agak2 fun lepak bersama, ajak je.
Kalau dia takde duit, support la seringgit dua.

Macam paintball haritu. Korang ingat tak?
Plan berbulan2 lama. Hampas.
Last2 pagi tu aku runner setiap bilik, dapat jugak 4-5 bijik moto yang follow kan?

Tapi haha, perancangan dengan pemilik paintball dan pengetahuan tentang lokasi juga agak perlu.
Taklah sesat. Atau padang penuh.
Langkah spontan selalunya lebih berjaya dan mantap.

Dah habis baca kan.





No comments: