Jun 17, 2010

Injured.

Roberto Mubarak terpaksa berehat di bangku simpanan selama beberapa hari selepas mengalami kecedaraan semasa beraksi di padang. Kaki beliau telah dihempap Hard Disk yang entah dari mana datangnya. Dapat dilihat kesan besi gerigi yang membentuk 6 titik merah seperti di dahi Kurin dalam Dragonball. Kuku beliau juga pertama kali hancur dalam tempoh 3 hingga 4 tahun ini. Sakit yang paling sakit, ialah sakit gigi dan kuku tercabut. Langsung tidak setanding dengan sakit hati semasa putus cinta.


Kaki kanan beliau memang magnet kecederaan lah. Darjah 2 dulu, kaki beliau masuk dalam rim moto. Of course lah moto tu tengah berjalan. Kalau moto tu statik tidak bergerak, buat apa beliau hendak kecoh kecoh. Setelah dijahit oleh doktor noob, luka tersebut masih tidak bercantum dan beliau terpaksa berulang alik selama 6 bulan ke hospital berdekatan untuk mencuci luka. Dan beliau tidak ke sekolah untuk 6 bulan.

Form 1, beliau terpijak paku karat dan terbenam lebih separuh saiz paku itu. Menyebabkan beliau terpaksa berjalan kaki pulang dari padang bola dengan darah menitik sepanjang jalan sampai ke rumah. Dan kali terakhir kaki beliau berlumuran darah, ialah semasa Sem 2 tahun lepas. Kaca menghiris menghiris, kaca terhiris terhiris. Baca dengan rentak lagu XPDC.

2 comments:

eyemeroll said...

Macamana hard disk bole jatuh atas kaki tu....

Hard disk tu ok lagi ke? haha

r e n z said...

tengah kemas stor mase tu..hdd lame2 dah, nape tah x buang2 lagi..

extra hdd is BAD