Jun 18, 2010

Movie, anime, porn-thon.

Sebagai pembuka bicara, -thon ditambah secara tidak official kepada aktiviti yang dilakukan back to back atau berulang ulang beberapa kali. Contohnya marathon. Bukanlah kemasukan duit Mara seminit sekali, tetapi apa yang cuba disampaikan di sini ialah proses berlari secara tidak henti hingga satu jarak yang jauh. Cerita hari ini ialah cerita-thon, anime-thon ataupun movie-thon.

Menonton sesuatu drama korea atau cerita bersiri yang panjang. Selalunya cerita sebegini ditayangkan seminggu sekali. Jika rajin, anda boleh menjadi penonton setia mendownload apabila subs keluar, ataupun secara malasnya, lakukan thon. Peram dulu dalam 2 bulan. Buat kerja lain. Tanam padi ke, kemas rumah ke. Dan selepas 2 bulan, anda akan ada 8 episod untuk ditonton.

Antara keseronokan melakukan thon ini ialah; feel dalam menghayati jalan cerita dan emosi yang ingin disampaikan akan masih segar disitu. Bagi yang pendek memori, akan mungkin akan tertanya tanya "Eh siapa gerangan mamat berhidung tiga itu??" ataupun "Aik cakap dah bercerai, tup tup dapat anak kembar pulak ape cerita?" Walaupun sebenarnya anda baru tengok episod sebelumnya minggu lepas.


Kalau dulu. Saya akan habiskan sehari untuk download 10 - 15 episod One Piece. Satu episod, 170 mb. Jadi lebih dari 1.5gb sehari. Saya cintakan connection saya dulu. Walaupun ramai mengeji streamyx, ia tetap yang paling laju pernah saya guna. 170 mb, 10 minit. Quota waktu lain, saya habiskan untuk menonton. Saya catch up episod 1 - 160 tanpa henti setiap hari. Eh bukanlah langsung tak berhenti. Saya perlu tidur dan makan. Manusia. Tch.

Dengan itu selepas menonton episod 160, saya rasa seperti baru minggu lepas saya mula menonton episod 1. Ya, memang minggu lepas pun.

Satu unsur yang tak best, anda perlukan masa yang sangat banyak dan perlu mengabaikan soal sosial buat sementara. Dulu saya hikikomori yang cemerlang. :)






2 comments:

eyemeroll said...

Time study week dulu aku dah marathon One Piece.

Tapi aku baca manga je la..

Dari awal chapter..aku dengan jayanya dapat habiskan sampai chapter terkini. memang bez..

r e n z said...

lol mase study week ko marathon manga :D terbaek ~