Jun 21, 2010

Superhero talk.



Masa kecil kecil - memang teringin nak jadi superhero. Dah besar macam ni pun tipu lah kalau cakap tak nak. Jika diberi peluang dengan diminta sebab, pastinya akan disebut ayat ayat mulia "Nak tolong umat" "Mencegah jenayah" "Membasmi perokok" atau "Melindungi sungai".

Berdasarkan movie yang saya tonton setakat ini, antaranya Bruce Almighty dan Watchmen, saya terfikir sejenak. Dunia ini besar kan. Kalau anda jadi superhero, mesti anda akan jakun. Dan demi melunaskan janji, anda pergi tolong orang. Contoh jenayah kononnya banyak di KL, jadi anda terbang terbang di sana. Nampak kejadian ragut, anda pergi menjernihkan keadaan. Dan anda bangga untuk hari itu. Pada masa itu, ada 100 lagi kejadian ragut di seluruh Malaysia. Di bandar besar lain, Ipoh, JB, Kuantan.

Konteks yang lagi besar, Texas, New York, Paris dan sebagainya. Jadi perlukah setiap daerah ada superhero? Kadar manusia ada super power sangat rendah, kalaulah ada pun. 1 dalam 1 bilion. Kalau setakat watak komik yang dicipta untuk dijual, banyak lah.

Tiada power pun, setiap orang boleh jadi superhero. Rakyat biasa kadang kadang lagi hebat dari polis yang berpistol.

No comments: