Feb 28, 2010

Kisah Mafia.

1975 - Felda Teluk Bendul, Italy.

Kisah berkisar tentang seorang penduduk lepasan SPM yang menetap di Italy bernama Ishmael.

Beliau seorang ahli mafia tegar. Sejak azali lagi dah berdarah pahlawan.
Ibu bapanya melarang keras tabii beliau itu, tapi tidak sedikit pun diendahkan.
Apabila rakan2 sebaya beliau bertanya, dengan bingkas dia mereka cerita.
Konon2 ibunya setuju dengan cara beliau. Siap bagi sokongan moral lagi.

Ishmael baru saja mendaftar sebagai ahli mafia terbaru di daerah kejiranannya.
Sudah lama beliau mengidam. Tapi minggu lepas beliau baru masuk 18.
Syarat intake yang perlukan umur yang cukup itu dirasakan sangat menyusahkan.
Seronoklah dia tidak terperi, kerana sudah bergelar ahli mafia bertauliah.

Aktiviti geng terbabit agak pelik dan bercanggah, dimana ahli2 mereka mengadakan persidangan seminggu sekali untuk menyembelih dan meneguk darah kambing biri-biri.
Kerap juga diadakan perjumpaan tertutup di Gua Rawak untuk menyembah Timun Suci.
Ishmael sangat suka akan aktiviti2 itu semua. Kena dengan jiwanya.

Sebagai ahli yang baru nak naik, Ishmael giat mencari ahli baru.
Nak cari yang comel2. Nanti boleh bangga dengan ahli lain. Boleh menganjing.

Sebenarnya Ishmael dah ada target nak direkrut dari dulu.
Teman sekelas yang sama2 mengaji pondok masa darjah 3.
Namanya Jamellique Mario atau nama manjanya, Jamel.

Setelah banyak kali Ishmael membuat bermacam2 pelan, mengupah penjenayah rawak membuli Jamel lalu beliau menyelamatkannya, akhirnya Jamel pun terpikat.

Setelah Jamel menyertai aktiviti2 geng tersebut, lubuk hatinya sangatlah terasa jijik dengan semua itu.
Beliau pun mengambil keputusan untuk keluar.


Tapi tidak semudah itu.
Ishamel memang takkan bagi. Kerana marketnya akan jatuh merudum kalau Jamel keluar.
Ishamel mengugut akan merosakkan hidup Jamel serta mengganggu hidup keluarganya.
Jamel cuak pada mulanya. Tapi rakan2 Jamel ada disamping beliau memberikan sokongan.

Jamel dah tak cuak langsung. Segala ugutan disambut dengan tawaan.
Ishmael terdesak. Beliau bersekongkol dengan rakan2 geng untuk menjatuhkan Jamel.
Malam itu mereka semua dah siap sedia untuk menyerang.
Petang tadi dah beli 5 beg plastik timun untuk diijadikan pemujaan.

Sedang mereka mabuk2 dalam Gua Rawak, tiba2 terjadinya gempa bumi dan mereka dihempap oleh batu runtuhan gua bertingkat-tingkat.
Mereka pun mati di tempat kejadian.

Menangis ibu Ismael apabila mendapat berita itu.
Tak sempat Ismael nak jadi lurus sebelum menghembuskan nafas terakhir.


No comments: