Feb 27, 2010

Wahyu?




Satu masa dulu Ismail pernah dilamun cinta. Betul punya cintalah.
Tapi nak dijadikan cerita, cinta Ismail sebenarnya songsang.
Dia berkenan dengan rakan sekelasnya, Jamil. Jamil seorang yang ceria, lincah dan comel.
Mungkin itulah daya penarik sampai Ismail terpikat.

Ayat punya ayat, Jamil pun bersetuju untuk menerima Ismail.
Sebab Ismail banyak memancing dengan budi yang tak dipinta.
Membuatkan Jamil tergadai body.

Sebenarnya Jamil tak mahu cerita jadi sedemikian rupa, kerana ibunya tak ajar macam tu.
Kalau Jamil bawak si Ismail balik rumah sebagai menantu mak dia, sememangnya tindakan itu bagai meminta parang di dahi.

Lama kelamaan, Ismail mula menunjukkan belang.
Dipintanya macam2. Mengada2. Gedik lebih.
Jamil dah tak tahan, lantas menjauhkan diri dari Ismail.
Pernah jua Jamil cuba memetik tentang jalan yang lurus, tetapi setiap kali itulah Ismail akan menukar topik ataupun menangis tak mahu.

Hari itu Jamil nekad. Dia tak mahu lagi diperkotak katikkan dan menjadi mangsa.
Siang hari yang disebutkan itu, dia melafazkan kata2 perpisahan tepat di atas dahi Ismail.
Pujuk rayu tak lagi diendahkan. Sebab Jamil pegang pepatah Digi "Masa untuk berubah."

Ismail tertekan. Langsung tak dapat terima kenyataan.
Dipujuk2 tak makan. Diugut tak lut.
Yang drastik, yang splastik, semua dicuba.
Ismail masih lagi berkeras. Hatinya bagai buntut kuali, keras sangat.
Diserangnya semua orang yang berkaitan dengan Jamil. Meraih simpati, memberi alasan dan mencari gaduh.

Dan petang Jumaat itu, Ismail mati dilanggar lori.
Tak sempat bertaubat. Mati dengan cemburu yang menebal.
Dengan dosa kering yang bertimbun. Bertaburan timun yang dibelinya di pasar tani tadi untuk dinner malam itu.



Cerita rekaan semata-mata. :)

No comments: