May 8, 2010

Draft.

Bila dah tutup laptop, dan dalam cubaan untuk lelap, semasa baring itulah selalunya idea datang bertaburan. Cuba ingat. Nanti nak update blog.

Dan bila bangun, sepatah haram tak ingat.

Sebab itu, saya selalu save draft dalam phone saya. Untuk kegunaan bila dah bangun nanti. Tapi bila jumpa internet, page blog ini selalu dibuka penghujung minat nak online. Macam lepas dah takde ape langsung nak buat, baru cari blog.
Macam hipotesis kawan saya, semakin laju internet, semakin lupa untuk berbelog.
Dan. Masa tu dah rasa sangat malas untuk menaip. Jadi simpan saja untuk esok2 hari.

Saya dah ada 342 draft setakat ini. Betul! :(

No comments: