May 12, 2010

Hipotesis : Semakin ramai blogger, semakin banyak blog tercipta.

Dulu. Kalau cerita pasal dulu. Hanya ada berapa kerat je yang ada inisiatif mahu berblogging. Memang mereka sangat rajin. Tapi sekarang sudah makin hambar. Nak dijadikan cerita, sekarang yang lebih latest dari sekarang, sebenarnya semakin ramai kenalan saya yang telah berkecimpung membuat blog. Termasuklah yang sangat bencikan blog, juga sangat rajin update blog beliau. Pukul 3 pagi pun masih menaip. :)

Kawan saya disini, yang hanya dapat berjumpa masa cuti semester, rupanya ada juga membuat blog. Kawan saya di sana, agak ramai juga saya perhatikan. Awal2 ini sememangnya mereka masih lagi bercerita tentang hidup masing2. Bercerita tentang kekasih hati, ibu bapa, dan aktiviti seharian. Mungkin juga mereka akan terus bercerita seperti itu. Kekal. Sampai minat berblog hilang, atau event yang lebih penting daripada menaip tanpa gaji datang. Seperti, kahwin. Atau mati.

Apa yang anda cari dalam sesebuah blog? Tempat download .3gp rare? Tempat mencari tips/ serial code untuk sesebuah aplikasi berbayar? Ataupun tempat anda stalk seseorang untuk mengetahui perjalanan hidup mereka? Dan mungkin juga tempat anda mencari hiburan?

Saya agak tidak rajin untuk post tips2 sedemikian. Sebab saya pun termasuk antara golongan yang mencari. Dan kadang2 saya bercerita tentang hidup saya. Dan saya tidak berapa kisah kalau tiada yang sudi membaca. Seperti sedia maklum, saya tidak dibayar gaji oleh syarikat Windows, Blogger mahupun DELL.

No comments: