May 5, 2010

Tag By FJ.

Bagi menjawab tag Encik FJ , entry kali ini berkisah tentang gambar rawak ke lapan dari folder kelapan. Seperti sedia maklum, saya tidak berapa menyusun folder saya secantiknya, seperti mengasingkan loli mengikut umur, tarikh lahir ataupun horoskop mereka. Saya amat yakin anda tidak mahu tahu gambar apa dalam folder itu, jadi saya pilih gambar ke 88 dari folder 'Unsorted' saya.


Sedikit cerita tentang gambar - diambil hujung bulan 4 semasa proses BBQ diadakan di depan studio. Hanya bayar RM5 dan anda bebas makan apa saja. Saya makan 3 kali ganda dari manusia lain kerana mereka semua sudah terlalu kenyang ataupun berimpian untuk menjaga badan. Nampaknya hanya ini saja aktiviti hujung sem kami, berbanding dengan sem2 lepas yang lebih mencabar.

No comments: